2.1 Maksud Nasionalisme

  1. perasaan cinta terhadap bangsa dan negara
  2. penjuangan menentang penjajahan serta pembelaan terhadap bangsa dan negara
  3. gerakan untuk mencapai kebebasan politik, ekonomi dan sosial daripada penguasaan orang asing

Pendapat tokoh

  • Hans Kohn – orang setia negara atau bangsanya
  • William R. Roff – kebimbingan sekularisme dan imperialisme Barat.
  • Dato’ Onn Jaafar – melahirkan lebih ramai masyarakat yang tegap, berdikari dan kuat
  • Dr. Burhanuddin al-Helmi – Mempunyai persatuan dan perpaduan yang utuh seperti National Fronts
  • Dr. R. Suntharalingam – Individu menyalurkan kesetiaannya kepada negara bangsa.
  • Zainal Abidin Abdul Wahid – Nasionalisme wujud sejak Kesultanan Melayu Melaka.
  • Khoo Kay Kim- Perjuangan orang Melayu untuk merebut kedudukan mereka

2.2 Perkembangan Idea Nasionalisme di Barat

  • penentangan pemerintah beraja → parlimen hak asasi rakyat
  • Revolusi Keagungan (1688) – England
    • kedaulatan parlimen dan hak asasi rakyat.
    • Raja James II membelakangkan parlimen → • Mary II  dan William of Orange menjadi pemerintah
    • Bills of Right
  • Revolusi Amerika (1776)
    • Slogan “Tiada Cukai Tanpa Perwakilan” – tiada wakil Amerika dalam Parlimen British
  • Revolusi Perancis (1789)
    • Jean Jacques Rousseau dan Voltaire
    • the Social Contract
    • Raja Louis XVI & golongan bangsawan – memonopoli banyak keistimewaan, rakyat dibebani dengan pelbagai cukai
    • Republik Perancis & mengakhiri sistem pemerintahan beraja Perancis

2.3 Perkembangan Idea Nasionalisme di Asia

  • Kesan daripada kedatangan dan penjajahan kuasa Eropah di Asia.
  • Untuk menamatkan penjajahan kuasa asing, pembinaan negara bangsa dan menuntut perubahan politik

Nasionalisme di India

  • imperialisme British.
  • Dahagi India 1857
  • Nasionalisme awal – sosioagama
    • Brahmo Samaj dan Arya Samaj
  • Penghujung abad ke-19
    • Kemunculan golongan intelektual
    • Kongres Kebangsaan India (Indian National Congress, INC) 1885 dan Liga Muslim 1906
  • Awal abad ke-20
    • Nasionalis radikal (Bal Gangadhar Tilak dan Bipin Chandra Pal) .
  • Selepas Perang Dunia Pertama
    • INC tidak bekerjasama dengan British.
    • Mahatma Gandhi – satyagraha – berpegang teguh kepada kebenaran tanpa keganasan.
  • Selepas Perang Dunia Kedua
    • INC dan Liga Muslim – membuat rancangan pembahagian India kepada negara India dan Pakistan.
    • 14 Ogos 1947 – Pakistan merdeka, Muhammad Ali Jinnah sebagai Gabenor Jeneral Pakistan.
    • 15 Ogos 1947 – India merdeka, Jawaharlal Nehru sebagai Perdana Menteri pertama.

Nasionalisme di China

  • Menentang kelemahan pemerintahan Dinasti Manchu (kerajaan Manchuria) – gagal menghalang kemasukan pengaruh dan campur tangan Barat.
  • Anti-Barat.
  • Dr. Sun Yat Sen – Tiga Prinsip Rakyat (San Min Chu-i), ideologi perjuangan iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial.
  • gerakan Revolusi China berjaya menumbangkan pemerintahan Dinasti Manchu dan diganti dengan pemerintahan republik di China.

Nasionalisme Empayar Uthmaniyah dan Mesir

  • Gerakan Pan-Islamisme
  • Gerakan Islah

Nasionalisme di Jepun

  • mengelakkan ancaman imperialisme Barat.
  • Maharaja Mikado Meiji (1868) -pemodenan mengikut model Barat.
  • Prinsip & semangat bushido – sikap sanggup menanggung risiko, bersungguh-sungguh mencapai cita-cita dan berkorabn untuk ketua dan negara.
  • Pemulihan Meiji – menjadikan Jepun sebagai negara perindustrian dan kuasa tentera yang kuat pada awal abad ke-20.
  • Jepun menjadi kuasa imperialis di Asia.

2.4 Perkembangan Nasionalisme di Asia Tenggara

Nasionalisme di Filipina

  • Untuk menghapuskan penjajahan asing.
  • Jose Rizal
    • Memimpin Gerakan Propaganda
  • Andres Bonifacio
    • Menubuhkan Katipunan – gerakan revolusioner – untuk memperoleh kemerdekaan melalui revolusi.
    • Menggunakan akhbar Kalayan
  • Emilio Aguinaldo
    • Bekerjasama dengan Amerika Syarikat – berjaya mengusir Sepanyol.

Nasionalisme di Burma (Myanmar)

  • Perjuangan oleh
    • Golongan kelas menengah.
    • Sami Buddha (pongyi).
    • Thakin (siswazah universiti).
  • Dr. Ba Maw memenangi pilihan raya 1937 – dilantik sebagai Perdana Menteri pertama

Nasionalisme di Vietnam

  • Kemunculan nasionalisme akibat perubahan sosiopolitik dan sosioekonomi setelah kedatangan Perancis.
  • Gerakan nasionalisme oleh golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin.
    • Memperjuangkan pemulihan sisten pemerintahan beraja.
  • Golongan intelektual
    • Tingkatkan kesedaran politik dan gerakan anti-Perancis.
    • akhbar Tribune Indige dan Cloche Felee.
  • Selepas Perang Dunia Kedua
    • Gerakan revolusi dan mempunyai dua aliran ideologi iaitu nasionalisme dan komunisme.
    • Parti nasionalisme/ Parti Nasionalis Veitnam – Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD)
    • Parti Komunisme/ Parti Komunis Vietnam (PKV)
      • Pimpinan Ho Chi Minh

Nasionalisme di Indonesia

  • Berkisarkan isu pendidikan yang boleh mengubah nasib rakyat akibat dasar penjajah Belanda.
  • Raden Adjeng Kartini

Nasionalisme di Thailand

  • Melaksanakan birokrasi Barat.
    • Membawa masuk 80 orang penasihat Barat.
    • Penasihat kewangan, pelabuhan dan polis dari Britain.
    • Penasihat kastam dari Amerika Syarikat.
    • Penasihat ketenteraan dari Perancis.
    • Guru dari British untuk melaksanakan pendidikan Barat.
  • Diteruskan oleh putera baginda, Raja Chulalongkorn – Thailand bebas daripada penjajah Barat.
  • Semasa Perang Dunia Kedua
    • bekerjasama dengan Jepun → Thailand tidak dijajah oleh Jepun.
    • Memperoleh hak semula wilayah di Indochina dan negeri utara Tanah Melayu.

2.5 Kesedaran Nasionalisme di Negara Kita

  • Kesedaran meningkat semasa ancaman Siam dan British oleh tokoh pejuang tempatan

Zaman Kesultanan Melayu Melaka

  • Sultan Mahmud Shah melakukan serangan terhadap Portugis sebanyak tiga kali namun gagal

Perjuangan Sultan Kedah, Sultan Abdullah Mukarram Shah

  • Penentangan ancaman luar, Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI).
  • Berusaha mendapatkan Pulau Pinang kembali.

Penghulu Dol Said, Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam, Dato’ Bahaman, Rentap, Mat Salleh, Tok Janggut dan Haji Ahmad Limbong

  • Bersifat setempat.
  • Mendapat reaksi yang keras daripada penjajah – memaksa masyarakat bergerak secara sederhana.

Gerakan Islah

  • Dibawa oleh tokoh: Sheikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Haji Abbas Mohd Taha dan Syed Sheikh al-Hadi.
  • Penulisan akhbar oleh: Zainal Abidin Ahmad (Za’ba), Muhammad Rakawi Yusuf, Abdul Rahim Kajai, Hajah Zainon Munshi Sulaiman (Ibu Zain) dan Fatimah Yaakub.

Pertubuhan sosioekonomi

  • oleh golongan berpendidikan Inggeris dan Melayu.
  • Tokoh: Ibrahim Haji Yaakob, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestanam dan Burhanuddin al-Helmi

2.6 Faktor Kemunculan Gerakan Nasionalisme

  • Peranan agama
  • Penulisan kreatif
  • Media cetak
  • Sistem pendidikan
  • Kemunculan golongan intelektual
  • Pengaruh luar dan serantau

2.7 Perkembangan Nasionalisme

  • Intelektual – agama / berpendidikan Inggeris / berpendidikan Melayu
  • penulisan – akhbar / majalah / karya kreatif
  • persatuan – KMS / PASPAM / Kesatuan Melayu Muda / Persatuan Cina / Persatuan India / Masyarakat Sikh

2.8 Kesan Perkembangan Nasionalisme

  • Politik – meningkatkan peluang pekerjaan dalam pentadbiran British.
  • Ekonomi – membantu orang Melayu melanjutkan pelajaran ke luar negara
  • Sosial – lebih ramai guru wanita menaikkan lagi semangat nasionalisme
0 CommentsClose Comments

Leave a comment

Newsletter Subscribe

Get the Latest Notes & Cheat Sheet  in Your Email

[mc4wp_form id="517"]

We Promise Not to Send Spam:)