7.1 Latar Belakang Idea Negara Merdeka

  • 1938 – Kesatuan Melayu Melaka
  • 1945 – Parti Kebangsaan Melayu Melaya
  • 1946 – Angkatan Pemuda Insaf / Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak / Pergerakan Pemuda Melayu / United Malays National Organisation / Parti Kebangsaan Melayu Labuan / Malayan Indian Congress
  • 1947 – Hizbul Muslimin
  • 1949 – Malayan Chinese Association
  • 1951 – Parti Islam Se-Tanah Melayu / Independence of Malayan Party (IMP)

7.2 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

  • kemerdekaan hanya akan diberi apabila kerjasama antara tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India diwujudkan
  • Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
    • Communities Liaison Committee (CLC) yang menghimpunkan pemimpin utama.
    • Objektif penubuhan CLC:
      • Mengkaji hubungan kaum secara mendalam.
      • Membetulkan keadaan politik, ekonomi dan sosial supaya adil.
      • Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah dalam kalangan penduduk.
    • Moto CLC ialah “Kesamaan dan Keadilan untuk Penduduk Tanah Melayu”.
  • Peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum
    • Politik – persediaan ke arah berkerajaan sendiri.
      • Persediaan ke arah berkerajaan sendiri.
    • Kedudukan Istimewa Orang Melayu
    • Kedudukan Ekonomi Orang Melayu
    • Kewarganegaraan Bukan Melayu
    • Pendidikan

7.3 Sistem Ahli

  • dekolonisasi (langkah persediaan berkerajaan sendiri).
  • Dato’ Onn Jaafar → meminta menambah peluang pentadbiran kerana kekurangan pegawai tempatan dalam perkhidmatan kerajaan.

Pembentukan Sistem Ahli

  • Sistem Ahli bermaksud sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran Persekutuan Tanah Melayu.
  • Tiga portfolio kekal di bawah pentadbiran British:
    • Hal Ehwal Ekonomi
    • Perumahan dan Kerja Raya
    • Perindustrian dan Perhubungan Sosial

Ciri-ciri Sistem Ahli

  • Ahli bertaraf “Menteri” dan bertanggungjawab menjaga portfolio yang kandungi jabatan dan agensi kerajaan.
  • Dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan persetujuan Majlis Raja-raja.
  • Bertanggungjawab mencadangkan undang-undang berkaitan dengan jabatannya dan dibentang dalam MPP.
  • Diletakkan dibawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi.
  • Satu sistem kabinet bayangan terdiri daripada beberapa pegawai tadbir dan tokoh masyarakat.

Kepentingan Sistem Ahli

  • melatih orang tempatan ke arah berkerajaan sendiri.
  • pendedahan untuk belajar mentadbir dan terajui kerajaan menjelang kemerdekaan.
  • Proses memupuk perpaduan kaum – pemimpin gabungan daripada pelbagai kaum.
  • mendapat sokongan seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu.

7.4 Sistem Pendidikan Kebangsaan

  • sekolah vernakular (sekolah yang gunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar) Melayu, Cina dan Tamil disamping sekolah aliran agama dan sekolah Inggeris
  • Laporan Barnes 1951
    • Sekolah rendah menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
    • Sekolah menengah menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
  • Laporan Fenn-Wu 1951
    • Sekolah Cina diteruskan secara berasingan di bawah sistem kebangsaan.
    • Pendidikan sekolah Cina haruslah berorientasikan Tanah Melayu
  • Ordinan Pelajaran 1952
    • Mempunyai dua jenis sekolah rendah, iaitu sekolah yang gunakan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
    • Bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar sebagai bahasa ketiga di sekolah rendah.
    • Sekolah menengah gunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar
  • Laporan Woodhead di Sarawak dan Sabah 1955
    • Memperkasakan pendidikan peringkat rendah dan menengah.
    • Titik beratkan kepentingan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
    • Wujudkan sistem pembiayaan pendidikan yang teratur
  • Penyata Jawatankuasa Pelajaran 1956
    • Sekolah Umum (rendah) menggunakan Bahasa Melayu.
    • Sekolah Jenis Umum (rendah) menggunakan sama ada Bahasa Inggeris, Bahasa Cina atau Bahasa Tamil.
    • Bahahsa Melayu dan Bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib.
    • Sekolah Menengah Kebangsaan menggunakan Bahasa Melayu sebagai pengantar, manakala Bahasa Inggeris menjadi mata pelajaran

7.5 Penubuhan Parti Politik

  • 1940-an
    • Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)
    • Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS)
    • Angkatan Pemuda Insaf (API)
    • Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)
    • United Malays National Organisation (UMNO)
    • Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)
    • Malayan Indian Congress (MIC)
    • Barisan Pemuda (BARIP)
    • Barisan Pemuda Sarawak (BPS)
    • Malayan Chinese Association (MCA)
  • 1950-an
    • Independence of Malayan Party (IMP)
    • Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)
    • People’s Progressive Party (PPP)
    • Parti Negara
  • Kerjasama Politik ke Arah Kemerdekaan
    • Pakatan PUTERA-AMCJA – • Pimpinan Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Tan Cheng Lock
    • Persidangan Kebangsaan – abungan parti politik kebangsaan Tanah Melayu yang bersatu
    • Konvensyen Kebangsaan – Penganjur, UMNO (Tunku Abdul Rahman) – MCA (Tan Cheng Lock)
0 CommentsClose Comments

Leave a comment

Newsletter Subscribe

Get the Latest Notes & Cheat Sheet  in Your Email

[mc4wp_form id="517"]

We Promise Not to Send Spam:)