8.1 Perkembangan Pilihan Raya di Persekutuan Tanah Melayu

  • berkerajaan sendiri dan berikan peluang kepada rakyat untuk pilih wakil atau parti yang akan membentuk kerajaan
  • Pada tahun 1950,
    • Ordinan Pilihan Raya Pihak Berkuasa Tempatan diwujudkan
    • Memberikan kuasa kepada majlis tempatan untuk mengadakan pilihan raya
  • Pilihan Raya Majlis Perbandaran George Town (1951)
    • Pilihan Raya Majlis Perbandaran Pertama
    • 9 orang ahli Pesuruhjaya Perbandaran George Town dipilih
    • Ahli dalam Majlis Perbandaran dilantik oleh Gabenor Negeri-negeri Selat dipilih sebelum pilihan raya diadakan
    • Hari pendaftaran pemilih diadakan selama 6 minggu mulai 17 Mei 1951 hingga 30 Jun 1951
  • Pilihan raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur (Februari 1952)
    • Diadakan untuk merebut 12 kerusi Majlis Perbandaran Kuala Lumpur untuk kawasan Sentul, Bangsar, Imbi dan Petaling Jaya
    • UMNO bahagian Kuala Lumpur dan MCA bahagian Selangor mula bergabung.
    • Dikenali sebagai Perikatan
    • Pilihan raya Majlis seterusnya diadakan di Johor Bahru, Ipoh, Alor Setar, Melaka dan Seremban
    • UMNO-MCA mendapat kemenangan
  • Pilihan raya peringkat negeri (1954)
    • Perikatan UMNO-MCA telah menang 226/268 kerusi
    • Menunjukkan penerimaan masyarakat terhadap kerjasama politik negara pada masa itu

8.2 Proses Pilihan Raya Umum Pertama

  • Bentuk A memilih 60 orang melalui pilihan raya manakala Bentuk B memilih 44 orang dan 8 orang tambahan lantikan oleh Pesuruhjaya Tinggi.
  • Bentuk B tidak tetapkan tarikh atau masa tertentu.
  • Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan memilih Bentuk A.
  • Jawatankuasa Pilihan Raya memilih Bentuk B.

Proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955

  • 26 April 1954,
    • Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan ditubuhkan.
    • Berjaya membentuk 52 kawasan pilihan raya.
  • Ogos 1954,
    • Rang Undang-Undang diluluskan bagi membolehkan pilihan raya diadakan.
  • Oktober 1954,
    • Pendaftaran pengundi mulai 18 Oktober di seluruh Tanah Melayu.
    • Manakala di Terengganu bermula 29 Okt 1954.
    • Syarat Pengundi
      • Warganegara PTM
      • Berumur 21 tahun ke atas
      • Individu yg tinggal di PTM dalam tempoh 6 bulan terdahulu (dari tarikh 17 Okt 1954 / 28 Okt 1954 bg Terengganu) layak untuk memohon sebagai pengundi.
  • 15 Jun 1955,
    • Penamaan calon.
  • 27 Julai 1955, Mengundi.

8.3 Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan

Kerajaan Persekutuan

  • Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri PTM pertama
  • Berperanan menggubal undang-undang pentadbiran pada peringkat Persekutuan Tanah Melayu

Kesan Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan

  • Kerajaan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman (Ketua Menteri)
  • Proses pertukaran dan pembaharuan berlaku secara berperingkat dan ambil masa.
  • Kuasa pegawai British dipindahkan kepada rakyat tempatan secara ansuran.
  • Keanggotaan MPP menyaksikan perkembangan penting pentadbiran demokrasi di negara kita.

8.4 Peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu

Peranan Kabinet Pertama

  • Membincangkan isu keselamatan dalam negeri dan pertahanan.
  • Meminta Kuasa Veto (hak / kuasa penuh yang diberi kepada pihak tertentu sahaja, kuasa pembatal) Pesuruhjaya Tinggi dibatalkan.
  • Mengurangkan kuasa pentadbiran Britisha
  • Menyambung sistem yang diguna pakai dalam MPP yang berasaskan Model Westminster (sistem pemerintahan demokrasi mengikut Britain).
  • Membincangkan soal kewangan dan keperluan orang tempatan dalam perkhidmatan awam.
0 CommentsClose Comments

Leave a comment

Newsletter Subscribe

Get the Latest Notes & Cheat Sheet  in Your Email

[mc4wp_form id="517"]

We Promise Not to Send Spam:)