9.1 Usaha Rundingan Kemerdekaan

Perubahan di dalam dan di luar negara:

  • Terdapat usaha membebaskan negara daripada penjajahan seperti di Mesir, India, Burma dan Filipina.
  • Kerajaan British beri jaminan mereka akan bantu Persekutuan Tanah Melayu untuk berkerajaan sendiri.
  • Pilihan Raya Umum 1955 jadi asas pembentukan perlembagaan ke arah berkerajaan sendiri.

Kepentingan rundingan kemerdekaan antara wakil Raja-raja Melayu dengan wakil Parti Perikatan:

  • Tunku Abdul Rahman dan wakil Raja-raja Melayu jelaskan perlunya rundingan di London untuk membincangkan hal:
    • keselamatan
    • hubungan British-Tanah Melayu
    • Perlembagaan negara yang akan merdeka.
  • Ahli Rombongan ke London:
    • Wakil Raja-Raja Melayu
      • Menteri Besar Perak: Dato’ Panglima Bukit Gantang (Dato’ Haji Wahab Abd Aziz)
      • Menteri Besar Selangor: Encik Abdul Aziz Abdul Majid
      • Menteri Besar Johor: Dato’ Mohd Seth Mohammad Said
      • Menteri Besar Kelantan: Dato’ Nik Ahmad Kamil Haji Mahmood
    • Wakil Parti Perikatan
      • Tunku Abdul Rahman
      • Dato’ Abdul Razak Hussein
      • H.S. Lee
      • Dr. Ismail Abdul Rahman
  • Antara pihak yang sokong perundingan:
    • E.E.C. Thuraisingham
    • wakil orang Ceylon
    • Ketua Parti Rakyat (Ahmad Boestamam)
    • pemimpin Parti Negara
    • wakil Parti Buruh
    • wakil kaum Serani

Perjalanan rombongan rundingan kemerdekaan ke London

  • Rombongan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman.
  • Beliau merancang untuk menaiki kapal laut ke Karachi untuk menggunakan masa untuk berbincang dengan wakil Raja-raja Melayu.
  • Tunku Abdul Rahman berangkat dari Kuala Lumpur ke Singapura.
  • 1 Januari 1956, rombongan kemerdekaan berlepas dari Pelabuhan Tanjung Pagar, Singapura menaiki kapal laut, M.V Asia.
  • Rombongan berhenti di Karachi, Pakistan kemudian berlepas ke London.
  • Tiba di London pada 14 Januari 1956.
  • Rundingan berlangsung dari 18 Januari sehingga 6 Februari 1956

Perkara yang dirundingkan dan disepakati di London:

  • Perwakilan Tanah Melayu:
    • Menggantikan jawatan Setiausaha Kewangan dengan Menteri Kewangan.
    • Menteri Hal Ehwal Ekonomi hendaklah dalam kalangan rakyat Persekutuan Tanah Melayu.
    • Menteri Pertahanan diggantikan dengan Pengarah Gerakan, disandang oleh Pegawai British.
    • Tarikh kemerdekaan tidak lewat dari 31 Ogos 1957.
    • Berunding tentang isu Suruhanjaya Perlembagaan, kewangan, keselamatan dalam negeri dan perkhidmatan awam.
  • British
    • Ahli Majlis Eksekutif, selain Ketua Setiausaha dan Peguam Negara dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi dengan nasihat Ketua Menteri.
    • Kerajaan PTM harus memberikan ganti rugi kepada pegawai British yang diberhentikan.
    • Mengadakan Perjanjian Pertahanan dan Bantuan Bersama antara PTM dengan British.
    • British dan Komanwel akan berikan bantuan seperti pertahanan pada Tanah Melayu.
  • Misi rombongan mendapat persetujuan kerajaan British untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu melalui Perjanjian Kemerdekaan Tanah Melayu.
    • kedua-dua pihak setuju membentuk Suruhanjaya Perlembagaan.
  • Tarikh kemerdekaan dipersetujui pada 31 Ogos 1957.
    • Penetapan tarikh Kemerdekaan PTM ditentukan selepas Tunku Abdul Rahman dan beberapa pemimpin lain meminta pandangan daripada Sheikh Abdullah Fahim ulama besar dari Kepala Batas, Pulau Pinang.

Sambutan Bersejarah di Melaka

  • Rombongan merdeka selamat tiba di Lapangan Terbang Batu Berendam, Melaka.
  • Rombongan diarak hingga ke Padang Banda Hilir, Melaka.
  • Lebih kurang 100 ribu orang datang menaiki bas, lori, jalan kaki dari seluruh negara.
  • Tunku Abdul Rahman maklumkan melalui Perjanjian Kemerdekaan negara akan diberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
  • Rakyat melaungkan “Merdeka” dengan bergemuruh.

9.2 Peranan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

  • Pada 8 Mac 1956, kerajaan Britihs mengumumkan pembentukan Suruhanjaya Reid atau dinamakan Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Memulakan tugas pada akhir bulan Jun 1956.
  • Antara tugasnya adalah membincangkan, menyusun dan merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Terma rujukan Suruhanjaya Reid:
    • Memeriksa aturan perlembagaan yang wujud di seluruh Tanah Melayu, mengambil kira kedudukan dan martabat Ratu England dan Raja-raja Melayu.
    • Memberikan cadangan terhadap Perlembagaan Persekutuan sebagai unit tunggal, bebas dan berkerajaan sendiri dalam lingkungan Komanwel berdasarkan Demokrasi Berparlimen.
    • Mewujudkan kerajaan pusat yang kuat dengan kerajaan negeri juga mempunyai autonomi tertentu.
    • Melindungi kedudukan Raja²-raja Melayu sebagai Raja Berpelembagaan di negeri masing-masing.
    • Mencadangkan satu jawatan bagi ketua negara iaitu Yang di-Pertuan Besar (kemudiannya dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong) untuk Persekutuan Tanah Melayu.
    • Mengadakan satu bentuk kewarganegaraan bagi Persekutuan Tanah Melayu.
    • Menjaga kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain.

Tugas Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu:

  • Meminta cadangan penduduk secara lisan atau bertulis.
  • Menerima memorandum bertulis.
  • Meneliti kedudukan perlembagaan bagi negeri dalam Persekutuan menghadap Raja-raja Melayu, Menteri Besar, Penasihat British dan pegawai negeri.
  • Bermesyuarat dan melawat negeri Melayu serta Negeri-negeri Selat.

Anggota Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

  • Lord Reid (Britain) sebagai pengerusi

9.3 Langkah Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang Merdeka

  • Memorandum berkaitan dengan corak pentadbiran, kewarganegaraan dan kedudukan istimewa orang Melayu, bahasa serta pendidikan
  • 131
  • Pihak Raja-raja Melayu
  • Parti Politik dan Pihak Awam
    • Parti Perikatan
    • Bahasa dan Pendidikan
  • Parlimen Dewan Negara & Dewan Rakyat
  • Reaksi terhadap Draf Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
    • UMNO dan Parti PAS
      • tidak bersetuju dengan konsep jus soli – bimbang kedudukan istimewa orang Melayu tergugat.
      • Agama Islam sebagai agama rasmi.
      • Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.
    • Dato Onn Jaafar (Parti Negara)
      • Menolak syarat kewarganegaraan yang longgar.
      • Parti Negara, PAS dan Parti Rakyat mengadakan kongres.
    • Pertubuhan Cina
      • Ingin menjadikan bahasa Mandarin sebagai bahasa kebangsaan
    • MIC
      • Memberi perhatian kepada syarat kewarganegaraan dan penggunaan bahasa Tamil.

9.4 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

  • Inti Pati Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957
    • Pengamalan Raja Berperlembagaan dan Sistem Demokrasi Berparlimen
      • Yang di-Pertuan Agong dipilih sebagai seorang raja.
      • Dilantik dalam kalangan Raja Melayu.
      • Dilantik setiap lima tahun sekali.
      • Termaktub dalam Perlembagaan persekutuan 1957.
    • Kewarganegaraan
      • Setiap orang yag lahir dalam Persekutuan pada atau lepas hari merdeka akan menjadi warganegara.
      • Kewarganegaraan diberikan dalam:
        • penguatkuasaan undang-undang (Perkara 14).
        • memohon didaftarkan sebagai rakyat (Perkara 15).
        • memohon untuk tukar kewarganegaraan (Perkara 19) atau natrulisasi.
    • Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum Lain
      • Rakyat keturunan Melayu diberikan beberapa keutamaan.
      • Hak masyarakat lain tetap dipelihara dan dilindungi.
    • Kedudukan Agama Islam
      • Agama Islam sebagai agama Persekutuan.
      • Agama lain boleh diamalkan.
    • Keudukan Bahasa Melayu
      • Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan.
      • Dijadikan bahasa pengantar dan komunikasi.
0 CommentsClose Comments

Leave a comment

Newsletter Subscribe

Get the Latest Notes & Cheat Sheet  in Your Email

[mc4wp_form id="517"]

We Promise Not to Send Spam:)